3 DIS : Paras air di tujuh sungai di Johor mencecah paras bahaya petang ini, dikhuatiri memburukkan lagi keadaan banjir negeri ini di mana sebanyak lapan daerah telah terjejas setakat ini.
Sungai yang sudah melepasi paras bahaya itu membabitkan empat di Segamat, dan masing-masing satu di Muar, Tangkak dan daerah ini.
Menurut EXCO Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, Sungai Muar di Kampung Awat Segamat melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan 21.96 meter (m) pada petang ini.
Katanya, tiga lagi sungai di Segamat yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Muar di Buloh Kasap (10.52 m), Sungai Segamat di Bandar Segamat (10.36 m) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah (6.88 m).
“Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Muar di Kampung Olak Sepam, Muar (2.51 m), Sungai Kesang di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.44 m) dan Sungai Skudai di Kampung Muafakat, di sini, (3.29 m),” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Vidyananthan tujuh laluan turut ditutup kepada semua jenis kenderaan di Segamat.
Laluan berkenaan menurutnya membabitkan Jalan Kuala Paya Balai Badang (dua m), Jalan Putting (satu m), Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong (0.6 m) dan Jalan Tumang (0.6 m).
“Tiga lagi laluan yang ditutup sepenuhnya berikutan dinaiki air bah adalahJalan FELDA Medoi (0.3 m),Jalan Senai-Gemas (0.45 m) dan Jalan Senai-Gemas (sektor 2) (0.4 m).
“Empat laluan lagi hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat berikutan dinaiki air banjir adalah Jalan Sarakek (0.2 m), Jalan Tungku Tiga (0.4 m),Jalan Pogoh-Kampung Limau Nipis (0.4) manakala Jalan Mawai Lama (Sarang Burung) di Kota Tinggi (0.37 m) Bahru) serta Sabah iaitu di Kudat dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” ujarnya.