4 JAN: Sebanyak 28 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,560 kes.
Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Selangor (5), Perak (4), Kelantan (3); Johor, Pahang, Sabah dan Terengganu masing-masing dua kes serta Kedah dan Sarawak masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,733 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 265 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 147 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,535 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,767,044 kes.