4 JAN : Jemaah umrah diberi pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus Kerajaan, Person Unders Surveilance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam.
“Bagaimanapun ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan minum, serta pengangkutan dari lapangan terbang,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Berhubung tempoh kuarantin pula Latiff menjelaskan, ia adalah seperti yang ditetapkan KKM.
Berikut adalah senarai pusat kuarantin jemaah :
QS Institut Pusat Latihan Awam (QS ILA)
1. AKEPT Nilai
2. IAB Nilai
3. ILIM Bangi
4. ISEF Bangi
5. ILKAP Bangi
6. Pulapol KL
7. QS Hotel
Negeri Sembilan
1. Kiana Resort, Seremban
KUALA LUMPUR
1. Hotel Royal
2. Hotel Swiss Garden Bukit Bintang
3. Hotel IBIS, KLCC
4. Hotel Furama Bukit Bintang
5. Hotel Mercure Kuala Lumpur
6. IBIS Style KL Fraser Business Park
7. Hotel Ancasa
8. Hotel Cosmo
9. Hotel KIP
10. Hotel Arena Star
SELANGOR
1. Hotel Sama Sama
2. Hotel Gorsett Grand Subang
3. Hotel Crystall Crown PJ
4. Hotel Sunway Clio
5. Hotel Hilton Garden Inn Puchong
6. Hotel Oriental Crystal
7. Hotel Summit USJ
8. Hotel Pengasus Shah Alam