nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembuli media sosial ‘barah’ yang perlu ditangani

4 JAN: Apabila timbul berita buli, sama ada di sekolah, asrama mahupun di tempat kerja, rakyat Malaysia cepat bangkit mempertahankan mangsa dan menghukum pembuli.

Contohnya, kejadian buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar baru-baru ini, rakyat Malaysia cepat tampil meminta para pembuli dihukum selepas tularnya video 10 saat yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Akhirnya, jawatankuasa disiplin maktab menamatkan pengajian 10 pelajar yang dikenal pasti terlibat.

Sikap rakyat Malaysia membenci budaya membuli wajar dipuji.

Namun sedihnya,di dunia media sosial, perkara sebaliknya berlaku.

Banyak kejadian membuli di media sosial, dan ramai rakyat Malaysia terlibat dengannya.

Pembuli di media sosial perlu dihentikan segera kerana ia boleh mempengaruhi mental dan menjatuhkan maruah seseorang.

Di media sosial, yang didera pembuli bukan sudut fizikal, tapi segi mental dan maruah.

Apabila terbaca berita yang tidak selari dengan selera sendiri, tangan rakyat Malaysia akan mula menaip tanpa memikir panjang, tanpa menyoal panjang dan tanpa menyelidik sama ada berita yang dibaca itu betul ataupun tidak.

Pakar-pakar perli (troll) akan mula menyebarkan gambar untuk memalukan sasaran masing-masing, diulang-ulang sehingga pihak keluarga sasaran juga dikorek menjadi sasaran serangan.

Tujuannya adalah untuk mengajak orang ramai untuk turut bersama mengejek, memerli dan menimbulkan kebencian mendalam terhadap sasarannya.

Tindakan ini umpama mengajak orang ramai menumbuk seseorang mangsa yang tersilap cakap di sekolah.

Warga media sosial Malaysia suka memerli di dalam apa jua isu termasuklah perceraian, vaksin, perkahwinan, politik, rumah tangga, bantuan banjir, tersilap tulis dan tersilap cakap.

Agong, Permaisuri, tentera, polis, ahli politik, menteri, artis, orang biasa dan orang kurang bernasib baik semua boleh dijadikan sasaran pembulian media sosial asalkan apa yang terbaca tidak mengikut selera.

Ada yang akan mempertahankan bahawa ini adalah kebebasan bersuara.

Pasti juga ada yang berkata ini adalah petanda suburnya demokrasi negara.

Namun begitu, apakah ibu bapa akan bertepuk tangan jika anak-anak membawa budaya sedemikian dalam keluarga sendiri, sehingga memerli dan mengejek apa-apa isu di dalam keluarga tanpa mengira kedudukan dalam keluarga?

Sudah tentu tidak.

Beginikah hidup manusia yang sepatutnya atau kita sebagai manusia semakin hilang arah dibuai teknologi yang bakal mengkiamatkan dunia?

Ini adalah membuli cara moden.

Bahayanya, budaya ini sudah sebati di dalam jiwa warga media sosial Malaysia.

Elakkan diri menjadi pembuli secara tidak langsung di media sosial.

Betul, ada perkara yang perlu ditegur, tapi bukan hingga tahap membuli.

Bayangkan sendiri ditroll, sebelum memerli orang lain.

Jika sendiri tidak suka diperli, janganlah buat benda yang tidak disukai diri pada orang lain.

Muhasabahlah rakyat Malaysia. – TIMMY SAY (Penulis Bebas)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.