5 JAN : Kerja-kerja pembaikan ban pecah di Sungai Langat dijangka akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk disiapkan.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini menjelaskan, kerja pembaikan ban pecah di kawasan RTB Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang itu bergantung pada keadaaan cuaca.
Kata JPS, kerja-kerja pembaikan ban ini membabitkan penggunaan struktur ‘steel sheetpile’ dan tanah di mana angkah ini bertujuan mengukuh dan menstabilkan ban sedia ada.
“Penggunaan batang kelapa sawit pula untuk pengukuhan laluan jentera berat di kawasan pembinaan itu. Selain itu, batang kelapa sawit juga digunakan sebagai halangan sementara bagi mengurangkan limpahan air sungai sebelum kerja pembaikan ban dilaksanakan,” kata JPS dalam kenyataan itu.
Ketika ini, JPS Selangor sedang memfokuskan kepada kerja pembinaan saluran keluar air banjir menggunakan pam khas ke Sungai Langat.
“Penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta agar sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my juga facebook: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,” katanya.