5 JAN : Varian Omicron dijangka akan menyebabkan gelombang lebih besar di Singapura berbanding Delta di mana dos penggalak diperlukan untuk individu dewasa mengekalkan status vaksinasi mereka.
Minggu lalu, negara itu merekodkan 1,281 kes jangkitan COVID-19 berpunca dari varian Omicron, membabitkan 1,048 individu dari luar negara dan 233 kes tempatan.
Sehubungan itu, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Singapura, Kenneth Mak berkata, varian Delta mencapai kemuncak dengan 5,000 kes harian dan berkemungkinan jangkitan Omicron boleh melepasi angka berkenaan dengan keadaan terburuk mencecah 10,000 hingga 15,000 sehari.
Negara dengan kepadatan 5.5 juta penduduk itu hanya membenarkan mereka yang sudah menerima vaksin lengkap untuk memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran dan gerai.