6 JAN: Sebanyak 18 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID) semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,609 kes.
Pahang, Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Kelantan, Sabah dan Terengganu masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,739 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 257 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 137 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,195 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,773,156 kes.