6 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebulat suara meluluskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 (Pindaan) 2021 sekali gus menurunkan had umur layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pindaan terhadap Fasal 16 Bahagian 2, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 itu diluluskan pada sesi Mesyuarat Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar semalam.
Enakmen itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan perbahasan empat ADUN melibatkan Hahasrin Hashim (BN-Panti); K Raven Kumar (BN-Tenggaroh); Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) dan Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Pulai Sebatang).
Sebelum ini, pada 16 Julai 2019, 211 daripada 222 orang ahli Dewan Rakyat mengundi pindaan itu bersamaan dengan 95 peratus sokongan daripada jumlah keseluruhan.
Pada 25 Julai pula, 47 daripada 67 orang ahli Dewan Negara hadir untuk mengundi bersamaan dengan 70.14 peratus.