KKM kes tujuh lagi kluster baharu hari ini

PUTRAJAYA, 22 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkembangan terkini Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat keatas sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 22 -- Health Director-General Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah during a press conference held together with Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob regarding updates on the Movement Control Order (MCO) 3.0 implementation currently in effect with additions being made to further restrict the economic and social sectors at the Perdana Putra building today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED
6 JAN : Sebanyak tujuh kluster baharu telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 6,150 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kluster aktif menunjukkan sedikit penurunan di mana sebanyak 190 kluster aktif direkodkan berbanding 195 kluster semalam.
Katanya lagi, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 5,960 kluster berbanding semalam, 5,948 kluster dan bagi kes positif, ia menunjukkan penurunan iaitu 3,543 kes berbanding semalam, 3,720 kes sekali gus mengatasi pesakit yang sembuh pula, 3,484 kes.
“Malaysia merekodkan sebanyak 1.5 peratus bersamaan 53 kes daripada 3,543 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini, bakinya ialah 3,490 kes bersamaan 98.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatatkan penurunan apabila merekodkan 253 kes berbanding semalam, 257 kes. Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan sedikit iaitu 130 kes berbanding semalam, 137 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan berlakunya penurunan apabila mencatatkan sebanyak 18 kes, berbanding semalam, 31 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,609 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tiga daripada 18 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,378 kes.