nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlis benar rapat saf solat jemaah bermula Sabtu ini

6 JAN : Masjid di seluruh Perlis akan mula solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada Sabtu ini, setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis setelah mendapati keadaan penularan wabak berkenaan di Perlis kini dalam keadaan terkawal.

“Selain itu, peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu. Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.

“Kebenaran ini adalah kepada semua masjid di seluruh Perlis sahaja, manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka (solat berjemaah merapatkan saf). Larangan ini termasuk kepada surau atau tempat solat di agensi, institusi, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs dan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs),” titah baginda menerusi satu kenyataan hari ini.

Solat dengan merapatkan saf menurut kenyataan itu memerlukan jemaah mematuhi beberapa peraturan seperti kadar jarak sejadah masing-masing adalah berdasarkan saiz sejadah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.

Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah tidak terikat dengan syarat berkenaan dan dari segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, ia hendaklah kekal dipatuhi pada setiap masa ketika selesai solat, mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid.

“Pematuhan SOP masih perlu diteruskan seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan digalakkan pelitup muka jenis N95 atau K95 serta memakai dua pelitup muka atau ‘double face mask’ yang ditambah baik dengan pemakaian pelindung muka atau ‘face shield’.

“Selain itu, jemaah masih perlu membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan merekodkan penjejakan sosial dengan mengimbas Kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan,” titah baginda lagi dalam kenyataan tersebut.

Baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP masih diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.

“Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap, sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid. Namun, pegawai bertugas dan jemaah kekal dilarang hadir ke masjid sekiranya terdiri daripada golongan seperti berstatus PUI (individu di bawah siasatan), PUS (pesakit dalam pemantauan) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti.

“Begitu juga dengan golongan yang mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya juga dilarang hadir ke masjid,” titah Tuanku Syed Faizuddin sambil menambah, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.

Sehubungan itu, Raja Muda Perlis berharap agar seluruh rakyat negeri ini sentiasa mematuhi segala SOP dan ketetapan yang diperkenankan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.