16 maut dalam kejadian bangunan runtuh di China
8 JAN : 16 maut individu disahkan maut dalam runtuhan bangunan yang disyaki meletup akibat kebocoran gas di Chongqing, semalam, manakala seramai 26 mangsa dilaporkan terperangkap dalam runtuhan bangunan itu.
Rakaman video serta gambar disiarkan Xinhua menunjukkan anggota pasukan bertungkus lumus melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang malam tadi.
Sementara itu, pihak berkuasa Chongqing melalui laman sosial Weibo pula memaklumkan, mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan lanjut.
Rakaman disiarkan stesen CCTV melalui laman sosial menunjukkan kepulan asap dan debu menyelubungi tempat kejadian di daerah Wulong.
Satu rakaman disiarkan Xinhua memaparkan puluhan anggota pasukan SAR pantas berulang alik membawa pengusung yang menempatkan mangsa.
Lebih 150 anggota bomba turut ditempatkan di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Pihak berkuasa mendirikan ‘sebuah ibu pejabat tindak balas kecemasan di lapangan’ bagi mengatur operasi SAR dan menyediakan rawatan perubatan awal kepada