10 JAN : Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan menurun kepada 106 kes berbanding 117 kes semalam walaupun pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) merekodkan peningkatan sebanyak 253 kes berbanding 248 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan sebanyak empat kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster sejak bermulanya pandemik meningkat kepada 6,163 kluster.
“Sebanyak 169 kluster aktif direkodkan yang terus menunjukkan penurunan berbanding semalam, 172 kluster, manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,994 kluster berbanding semalam, 5,987 kluster,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kes positif juga menunjukkan penurunan berbanding semalam, 2,888 kes sekali gus diatasi kes sembuh yang mencatatkan 2,808 kes. di mana 2.2 peratus bersamaan 57 kes daripada 2,641 kes positif harian Covid-19, hari ini yang melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
“Manakala bakinya 2,584 kes iaitu 97.8 peratus lagi adalah mereka dalam kategori satu dan dua,” ujarnya lagi.