10 JAN: Sebanyak 23 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat korban kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,678 kes.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Kedah (4), Kelantan (3), Perak (2) serta Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,927 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 248 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 117 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,714 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan ialah 2,786,219.