10 JAN : Permohonan untuk menyewa 33 lokasi tapak Bazar Ramadan di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan akan dibuka bermula 17 Januari hingga 16 Februari.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perniaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian yang dibuka sebulan dengan melayari laman eBazar MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.
“Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan di mana sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak Majlis pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kata Shahrin, senarai jenis jualan serta kadar bayaran permit adalah mengikut jenis jualan iaitu RM207.00 untuk jualan minuman balang dan jualan makanan (bergoreng) RM237.00.
Bagi jualan air kelapa atau tebu RM237.00, jualan berbakar RM237.00 dan jualan ayam golek pula RM297.00.