nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengembara pernah dijangkiti,lengkap vaksin tidak perlu kuarantin

12 JAN : Pengembara dari luar negara yang sudah menerima vaksinasi lengkap serta pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari tidak perlu menjalani kuarantin wajib apabila tiba di negara ini berkuat kuasa esok.

Ketetapan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu bagaimanapun tidak terpakai kepada individu yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang belum lengkap divaksin atau tidak menerima vaksin masih perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

Jelas Khairy, pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari dan lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin wajib sebaik tiba di negara ini.

“Bagaimanapun, mereka perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK Antigen (Ag) di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia.

“Bagi pengembara (pernah dijangkiti COVID-19 yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi, mereka akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin dan perlu lakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta di PMA,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini.

Khairy Jamaluddin

Ketetapan terkini itu kata Khairy lagi, adalah bagi pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 itu diputuskan berdasarkan data dan bukti saintifik, serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti wabak itu.

Jelasnya, pengembara itu perlu mengemukakan bukti sudah lengkap divaksin, selain menunjukkan keputusan ujian makmal bahawa mereka pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, sama ada dalam bentuk cetakan atau digital.

Selain itu, katanya, pengembara yang pernah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat ‘fit to travel’ daripada pengamal perubatan di hospital berkenaan.

“Bagi pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman, termasuk hotel kerana dijangkiti COVID-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK antigen profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya, memaklumkan semua dokumen itu perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk negara jika diminta.

Khairy berkata, empat lagi syarat tambahan perlu dipatuhi pengembara yang tiba ke Malaysia, antaranya memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera.

Selain itu, mereka perlu kod QR mengimbas ‘Pengembara dari Luar Negara’ menggunakan aplikasi MySejahtera semasa tiba di PMA Malaysia, menjalani saringan status kesihatan, termasuk mengimbas suhu badan dan menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di PMA.

Bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, Khairy memaklumkan, ketetapan sedia ada kekal terpakai kepada mereka, iaitu perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin ditetapkan.

Tegasnya, kerajaan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa.

“Sepanjang berada di Malaysia, pengembara diingatkan untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“KKM juga menyarankan individu yang layak menerima vaksin COVID-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan gejala jangkitan COVID-19 yang teruk serta komplikasinya,” katanya

.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.