nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ECRL: TBM dijangka tembusi Terowong Genting dalam 3 tahun

13 JAN: Mesin pengorek terowong (TBM) dijangka memakan masa selama tiga tahun untuk melengkapkan penembusan Terowong Genting bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pada bulan Julai lalu, TBM pertama telah tiba bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan terowong.

“Ketibaan TBM ini merupakan detik penting bagi projek ECRL yang akan melengkapkan ‘jambatan darat’ seterusnya menghubungkan Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang pada masa akan datang untuk industri kargo.

“Ia juga dapat menghubungkan para penumpang dari Pantai Timur dan Barat,” katanya dalam Facebooknya selepas mengadakan lawatan tapak ke projek berkenaan hari ini.

Ka Siong (depan, empat dari kanan) ketika melawat Tapak Pembinaan Terowong Genting ECRL hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jabatan Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Ketua Setiausaha Negara & Pengerusi Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Aida Munira Abdul Rafar; Pengarah Urusan China Communications Construction Sdn Bhd, Mr. Kong Qi dan mantan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, tapak pembinaan Terowong Genting ECRL tersebut berkeluasan melebihi tujuh hektar dengan hampir 200 orang pekerja, mempunyai beberapa fasiliti termasuk pejabat satelit, kuarters pekerja, loji pengelompokan konkrit, pusat penyimpanan bahan, pusat pemprosesan besi dan makmal bagi tujuan memudahkan kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Jelasnya, TBM itu direka khas untuk kegunaan dalam keadaan tanah batuan keras serta dilengkapi dengan empat silinder tork.

“Setiap kepala TBM mempunyai berat 900 tan dengan panjang 25 meter (m) dan diameter 8.98m, manakala gantri sokongannya pula menempatkan bilik kawalan dan pencawang, mempunyai berat 1,600 tan dan berukuran 266meter panjang, menjadikannya antara TBM yang terbesar untuk kerja mengorek terowong laluan rel di Malaysia.

” Dengan kapasiti penggalian maksimum 700m sebulan, TBM akan menjalankan tiga tugas utama bawah tanah iaitu menggali terowong, mengangkut sisa galian ke permukaan, dan memasang panel konkrit sebagai dinding terowong,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.