13 JAN : Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin, Melaka ditutup pada pukul jam 7 malam tadi memperlihatkan keadaan banjir di negeri itu kini pulih sepenuhnya.
PPS itu menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.
“Semua mangsa telah dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.
Sebanyak 23 PPS dibuka di negeri itu sejak 1 Januari lalu, yang menempatkan 2,744 mangsa banjir daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.