13 JAN : Seorang pemuda dari Jawa Tengah, Muhammad Fauzan, 28, nekad berbasikal ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji di mana perjalanan menggunakan basikal itu akan mengambil masa lebih lapan bulan, melalui laluan utara dari Indonesia ke Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran sebelum tiba di Arab Saudi.
Pemuda itu dilaporkan sudah berada di Jambi, Selasa lalu dan menyasarkan tiba di kot suci tersebut pada musim haji tahun ini.
Bagaimanapun menurutnya, jika ada sebarang halangan di dalam perjalanan dan tidak dapat tiba pada musim haji, maka dia akan menunaikan umrah sebagai ganti.
“Tidak melakukan persiapan khusus untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci tetapi dokumen penting seperti pasport, visa dan bukti vaksinasi untuk masuk ke Arab Saudi telah saya sediakan,” katanya kepada Tribunnews.
Fauzan yang lahir 20 Julai 1993 dan menerima pendidikan di pesantren dan kemudiannya melanjutkan pengajian di universiti, Fauzan memutuskan bergiat dalam berdakwah dan mengajar di Kedir