13 JAN : Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada pukul 3.45 petang hari ini.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu akan terus menjalani proses pemulihan di rumah.
“Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menyampaikan doa sepanjang Dr Mahathir di masukkan ke IJN,” kata IJN.