13 JAN : Ekoran kecewa dengan kerajaan yang dikatakan gagal melaksanakan polisi bersesuaian untuk sekolah dalam menguruskan pandemik COVID-19, para guru di Perancis berhenti mengajar sebagai tindakan protes terhadap kerajaan.
Guru, ibu bapa dan pentadbiran sekolah berdepan kesukaran selepas pengumuman keperluan menjalankan ujian yang baru diumumkan sebelum tamat cuti Krismas dan dipinda sebanyak dua kali.
“Kerajaan gagal dalam melindungi kakitangan dan murid daripada jangkitan COVID-19.
“Kami mencapai tahap keletihan dan marah dengan apa yang berlaku sehingga kami tidak mempunyai pilihan selain mengadakan mogok ini bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan,” kata Setiausaha kesatuan guru SE-UNSA, Elisabeth Allain-Moreno,
Kesatuan menjangkakan banyak sekolah akan ditutup kerana penyertaan guru dalam mogok berkenaan.
Sekolah di Paris berdepan situasi bercampur di mana terdapat sekolah yang ditutup sepenuhnya, ada yang beroperasi secara separa dan ada yang beroperasi seperti biasa.
Kerajaan Perancis didapati mengubah polisi berkaitan kes positif di sekolah di mana ia mengatakan bahawa kelas akan dibuka sebanyak mungkin dan tahap komplikasi adalah harga yang perlu dibayar.