13 JAN : Pesta Ponggal yang akan diraikan bermula esok diharap akan dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataannya di Facebook rasminya berkata, berharap perayaan yang akan disambut sehingga Isnin depan itu memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.
“Saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikan,” katanya menerusi kenyataan itu.
Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.
Katanya pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal.