14 JAN : Gempa bumi dengan magnitud 6.7 menggegarkan Pulau Jawa, Indonesia pada jam 4:05 petang (Waktu Indonesia Barat), hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Badan Meteorologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia berkata, gempa itu berlaku 52 kilometer (km) dari barat daya Sumatera Utara-Banten dan 197 km barat daya Jakarta dan gegaran itu dilaporkan pada kedalaman 10 kilometer di dasar laut.
Gegaran dirasai di Banten, Jakarta, Jawa Barat dan Lampung, hujung selatan Sumatera, menyebabkan ramai orang meninggalkan rumah dan bangunan dalam keadaan panik.