15 JAN: Sebanyak 12 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua korban kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,762 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Johor dan Kedah masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,558 kes aktif dilaporkan, termasuk 204 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 95 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,052 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif negara ini kini ialah 2,802,263 kes.