16 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sejumlah 3,010 kes harian baharu COVID-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka kes baharu itu menjadikan junlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 2,808,347 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 2,773,263 individu atau 88.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,861,246 individu atau 90.9 peratus daripada kumpulan berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, sejumlah 22,902,459 individu atau 97.8 peratus daripada mereka sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 23,182,938 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.