Tsunami dijangka landa Jepun ekoran letusan gunung berapi Tonga
16 JAN : Agensi Meteorologi Jepun meramalkan tsunami akan melanda itu jangkaan semalam hingga awal hari ini, yang berkemungkinan mewujudkan gelombang ombak setinggi tiga meter beberapa jam selepas letusan gunung berapi besar berhampiran Tonga.
Menurut ramalan agensi berkenaan, tsunami 1.2 meter mencecah pulau terpencil selatan Amami Oshima sekitar 11:55 malam tadi sebelum kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik Jepun menyaksikan tsunami yang lebih kecil dan pantai timur pulau paling utara Hokkaido serta wilayah barat daya Kochi dan Wakayama juga menyaksikan tsunami setinggi 0.9 meter sejurus selepas tengah malam,
Penyiar nasional NHK beralih kepada program khas dan menyiarkan rakaman secara langsung dari pelabuhan wilayah terjejas, menyeru penduduk kawasan itu berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Rakaman itu bagaimanapun tidak menunjukkan tanda kelainan yang jelas.
Seorang pegawai agensi cuaca memberitahu sidang akhbar tengah malam yang disiarkan di televisyen bahawa agensi itu telah mengesan perubahan air pasang surut lebih tinggi daripada satu meter selepas jam 11 malam bagaimanapun agensi itu tidak segera mengklasifikasikannya sebagai tsunami.
“Kami tidak tahu pada ketika ini sama ada ini tsunami, tetapi perubahan pasang surut yang kuat telah diperhatikan, maka kami menggesa penduduk untuk bertindak balas,” kata pegawai itu pada sidang media.