17 JAN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menaik taraf Institut Latihan KEMAS Kuantan menjadi Akademi
Kecemerlangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2024.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun berkata, sebanyak RM49 juta telah diluluskan bagi pembinaan akademi berkenaan.
“Akademi ini akan memberi fokus kepada menaik taraf kualiti pendidikan Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS selaras dengan hasrat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan Pendidik Masyarakat memiliki ijazah dalam bidang Pendidikan awal kanak-kanak.
“Selain itu, akademi ini diharap mampu untuk membina modul pengajaran yang berkualiti selaras dengan peredaran semasa yang memerlukan kepakaran dalam aspek teknologi terkini dan penyediaan latihan bagi mengakreditasi guru-guru TABIKA dan TASKA KEMAS serta pengusaha tadika dan taska swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas
Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS Malaysia Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Menerusi akademi tersebut, sebanyak lima pusat kecemerlangan yang akan diwujudkan iaitu Pusat Kecemerlangan Pendidik, Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak, Pusat Kecemerlangan Ibu bapa, Pusat Kesihatan dan Pemakanan dan Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan.
“Akademi ini akan jadi pusat kecemerlangan kepada semua aktiviti yang melibatkan Pendidikan awal kanak-kanak seperti latihan untuk para pendidik, pusat penggubalan modul selain penglibatan ibu bapa memandangkan penglibatan ibu bapa adalah elemen penting dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.
Jelasnya, projek berkenaan sudah bermula dan kini dalam proses untuk melantik perunding.