17 JAN : Banjir di daerah Segamat dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat di mana jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 37 orang setakat 4 petang ini, berbanding 74 individu, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan, berkata hanya satu pusat pemindahan sementara yang masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh, yang menempatkan lapan keluarga di daerah itu akibat banjir termenung.
“Cuaca di seluruh 10 daerah di negeri itu dilaporkan cerah ketika ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada Sabtu lepas, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim, berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah
Segamat akan membuat penilaian sebelum penutupan sepenuhnya PPS dilakukan berikutan keadaan sudah pulih kira-kira 98 peratus.