18 JAN: Sebanyak 16 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,808 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Terengganu (3), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing dua kes serta Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,619 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 184 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 87 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,907 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,810,689 kes.