18 JAN: Gempa bumi lemah bermagnitud 5.3 yang melanda barat Afghanistas semalam mencetuskan korban tinggi dengan sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh, menurut seorang pegawai.
Menurut US Geological Survey, lima wanita dan empat kanak-kanak adalah antara yang terkorban dalam gempa bumi itu manakala empat lagi cedera.
Kebanyakan mereka terkorban akibat dihempap bumbung rumah yang runtuh.
Gempa bumi itu turut menyebabkan kerosakan kepada penduduk daerah Muqr, bagaimanapun butiran termasuk mangsa yang terkorban masih belum diperoleh.
Afghanistan sudah berada dalam cengkaman bencana kemanusiaan, diburukkan lagi oleh pengambilalihan Taliban ke atas negara itu pada Ogos lalu apabila negara Barat membekukan bantuan antarabangsa dan akses yang dipegang di negara luar.
Qadis adalah satu daripada kawasan yang paling teruk terjejas oleh kemarau yang dahsyat mendapat sedikit manfaat daripada bantuan antarabangsa dalam tempoh 20 tahun lalu.
Negara itu sering dilanda gempa bumi, terutama di banjaran gunung Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India.
Pada 2015, hampir 280 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang berpusat di banjaran gunung melanda Asia Selatan, dengan sebahagian besar kematian di Pakistan.
Dalam bencana itu, seramai 12 gadis muda Afghanistan muat dalam rempuhan ketika mereka cuba melarikan diri dari bangunan sekolah yang bergegar. – AFP