Kluster COVID-19 meningkat mendadak hari ini
18 JAN : Jumlah kluster Covid-19 meningkat mendadak hari ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 17 lagi kluster baharu berbanding semalam, hanya sebanyak enam kluster.
Angka terbaharu kluster yang dikesan itu menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,235 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat sebanyak 188 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 177 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,047 kluster berbanding semalam, 6,041 kluster,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, sebanyak 3,245 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 2,342 kes sekali gus mengatasi 3,093 kes.
“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 84 kes berbanding semalam, 87 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan 183 kes berbanding semalam, 184 kes,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 16 kes, berbanding semalam, 12 kes.