18 JAN : Siasatan Suruhanjaya Sekuriti berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah dimuktamadkan, di mana siasatan tersebut mendapati tiada sebarang kesalahan oleh KP SPRM tersebut.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Azam Baki menerusi satu kenyataan media hari ini.
Menurut Azam, beliau bersyukur di atas keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan setelah siasatan dijalankan terhadapnya.
“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti yang telah mendapati tiada sebarang kesalahan yanh dilakukan oleh saya berkenaan hal tersebut.
“Saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bahawa siasatan berhubung perkara itu telah dimuktamadkan. Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya telah menutup fail tersebut,” kata dalam kenyataan itu.
Justeru itu, beliau akan meneruskan tanggungjawab sebagai KP SPRM untuk membenteras gejala rasuah di dalam negara tanpa mengira darjat dan pangkat.