19 JAN : Seramai 13 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai dicatatkan positif membabitkan Kluster Jalan Ban Aik 2 di Negeri Sembilan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, seramai 57 individu telah disaring termasuk warga sekolah serta kontak rapat bagi kluster pendidikan tersebut d mana seramai 44 individu negatif dan langkah sanitasi dilaksanakan di sekolah tersebut.
Menurutnya, kes bagi kluster berkenaan direkodkan dalam saringan bergejala dan kesemua yang positif adalah terdiri daripada pelajar sekolah.
“Individu yang dikesan positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin bagi rawatan selanjutnya,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Online hari ini.
Sementara itu kata beliau, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 181 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).