19 JAN : Sweden mencatatkan rekod harian baharu kes COVID-19 37,886 kes semalam dalam tempoh 24 jam, di mana angka harian jangkitan tertinggi itu dicatatkan dalam gelombang keempat jangkitan virus di negara itu.
Rekod tertinggi mencatatkan sebanyak 26,566 kes pada 12 Januari lalu.
Sweden, dengan 10.4 juta penduduk, merekodkan 67 kematian baharu sejak Selasa lalu.
Kerajaan Sweden mengumumkan sekatan baharu bulan ini kerana varian Omicron yang lebih cepat merebak dan memberi tekanan kepada penjagaan kesihatan negara itu.