19 JAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda, Sungai Petani, diarahkan tutup bermula kelmarin selepas 33 pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata sekolah itu ditutup sementara sehingga suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
“Pelajar yang positif COVID-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Jitra dan Kulim, manakala kontak rapat pula diminta menjalani kuarantin di asrama.
“Warga sekolah yang menjadi kontrak rapat juga telah diarahkan menjalani kuarantin dan dinasihat melakukan saringan jika mempunyai gelaja,” lapor Berita Harian.
Beliau berkata, kes indeks dalam Kluster Dah Jalan Pantai itu dikesan membabitkan seorang pelajar yang disahkan positif pada Jumaat lalu.
Setakat ini, beliau berkata, 61 pelajar sudah disaring dengan 33 daripadanya didapati positif.