nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Makan besar malam Tahun Baharu Cina dibenarkan

19 JAN: Kerajaan memberi kebenaran kepada masyarakat Cina mengadakan tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada 1 dan 2 Februari ini.

Turut dibenarkan resepsi Tahun Baharu Cina tetapi hanya boleh diadakan di ruang tertutup dan membabitkan jemputan yang terhad.

Bagaimanapun, ia tidak membabitkan jamuan terbuka kepada orang ramai tanpa jemputan, dan bukan sesi majlis berkali-kali.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, bagi makan besar keluarga kebenaran itu hanya untuk ahli keluarga tanpa penglibatan orang luar.

Antara SOP yang perlu diikuti masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Upacara sembahyang di rumah ibadat pada 1 dan 2 Februari (raya pertama dan kedua) juga dibenarkan serta aktiviti Sembahyang Khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Februari dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

“Aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baharu Cina bagi Hokkien Clan turut dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar berhubung SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2022 bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, di Putrajaya hari ini.

Halimah berkata, Sembahyang Chap Goh Mei pada 15 Februari di rumah turut dibenarkan begitu juga aktiviti ziarah.

Beliau berkata, Resepsi Tahun Baharu Cina hanya dibenarkan kepada yang mendapat jemputan dan tidak dibenarkan kepada orang awam selain tiada sesi majlis berterusan seperti rumah terbuka.

“Penganjuran resepsi ini dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal,” jelasnya.

Selain itu, beliau memaklumkan, persembahan Tarian Singa, Tarian Naga atau Tarian Harimau adalah dibenarkan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif (Persembahan Langsung) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Saya menyeru masyarakat Cina di Malaysia untuk menyambut Tahun Baharu Cina ini dalam norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha kita memutuskan rangkaian Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berharap semua pihak khususnya masyarakat Cina dan pihak pengurusan tokong dapat mematuhi segala SOP yang ditetapkan demi keselamatan diri dan orang ramai.

“Sekali lagi saya mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan dan pelanggaran SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam, SOP Majlis Keselamata Negara – Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 (Aktiviti Sosial), dan SOP Industri Kreatif (Persembahan Langsung) akan diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa di bawah Akta 342.

“Semoga perayaan Tahun Baru Cina kali ini dapat diraikan dengan penuh makna dan kesyukuran bersama insan tersayang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.