nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shahrizat pertahan kelayakan pendidikan PM

19 JAN: Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan tindakan pengguna Facebook, Andrew Peris yang mempertikaikan kelayakan pendidikan dan integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah berbaur fitnah.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) yang mewakili bekas graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) mengganggap komen tersebut sebagai satu tindakan untuk mencemar dan memburukkan imej Perdana Menteri seterusnya mencalar reputasi Fakulti Undang-Undang UM.

“Saya terpanggil untuk menyatakan sudut pandang berkenaan komen yang berbaur fitnah yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook “Andrew Peris” yang mempertikaikan kelayakan pendidikan dan integriti YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu beliau diterima masuk untuk meneruskan pengajian Ijazah Perundangan (LLB) di Fakulti Undang-Undang, UM.

“Fakulti Undang-Undang UM telah ditubuhkan pada 1972 di mana pada ketika itu Allahyarham Profesor DiRaja Dr. Ungku Abdul Aziz merupakan Naib Canselor UM.

SHAHRIZAT

“Dekan pertama Fakulti adalah Allahyarham Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim. Allahyarham adalah seorang tokoh perundangan tersohor bukan hanya di Malaysia, malah di Singapura dan di rantau Asia,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata Ahmad amat disegani atas sifat integriti dan kebijaksanaannya yang mendahului masa ketika itu.

Selaku Dekan pertama, katanya, standard yang beliau tetapkan untuk Fakulti mahupun para pelajar yang diterima masuk adalah amat tinggi dan tanpa kompromi terutama pencapaian akademik pelajar-pelajar.

“Ketika YAB Perdana Menteri diterima masuk pada tahun 1980, Allahyarham Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim merupakan Dekan yang menguruskan keseluruhan Fakulti.

“Dengan sifat integriti yang amat tinggi, adalah sukar untuk sesiapa diterima masuk tanpa memenuhi kelayakan yang ditetapkan ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebagai penuntut.

“Jelas bahawa penerimaan masuk YAB Perdana Menteri ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya adalah berasaskan merit,” tegasnya.

Menurut Shahrizat, Perdana Menteri telah membuktikan beliau wajar mendapat biasiswa semasa pengajiannya di UM apabila berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan seterusnya diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Tambahnya, Fakulti Undang-Undang UM adalah yang pertama dan terulung di negara ini.

Dalam hampir 50 tahun penubuhannya pada tahun ini, katanya, Fakulti berkenaan telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh terkemuka seperti Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Jemaah Menteri, Peguam Negara, Peguam-Peguam dan ahli-ahli korporat yang disegani.

“Walaupun YAB Datuk Seri Ismail Sabri dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau telah mengatasi cabaran dengan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga mampu melakar sejarah apabila menjadi graduan pertama dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular mesej pemilik akaun FB menggunakan nama Andrew Peris mendakwa keputusan SRP Ismail Sabri adalah lemah menyebabkan beliau memasuki sekolah vokasional di tingkatan empat.

Seterusnya, Andrew Peris mendakwa Ismail Sabri gagal Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan pergi ke sekolah swasta untuk mengambil semula peperiksaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.