20 JAN : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk memastikan pengguna mempunyai pilihan semasa membuat pembayaran tol.
Sehubungan itu, lorong Smart Tag dan Touch ‘n Go akan dikekalkan selain tambahan kaedah pembayaran melalui teknologi Radio Frequency Identification (RFID) katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
“Selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, 43 lorong Smart Tag akan dibuka semula secara berperingkat di 34 plaza tol bagi memberi kemudahan perjalanan yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya.
“Selain itu, pihak PLUS juga telah diarahkan untuk memastikan kelancaran trafik di. plaza tol dengan menempatkan lebih banyak petugas di lorong termasuk penggunaan. peranti pengesanan mudah alih bagi membantu pengguna yang mengalami masalah,” katanya dalam kenyataan itu.
PLUS juga menurut kenyataan itu telah diarahkan untuk memastikan prestasi sistem RFID ditingkatkan bagi. mengelakkan kesesakan di plaza tol selain menambah bilangan pusat pemasangan tag RFID di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS.
“Bagi memastikan pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat yang tepat, PLUS telah. diminta untuk menyebarluaskan maklumat RFID menerusi semua saluran media bagi. meningkatkan kefahaman dan kesedaran pengguna.
“LLM ingin menasihatkan pengguna RFID di lebuhraya PLUS agar menggunakan lorong. yang sama untuk masuk dan keluar. Di samping itu, pengguna juga hendaklah sentiasa. memastikan baki e-wallet mencukupi bagi memastikan kelancaran trafik,” ujar kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya. Malaysia di talian 1 – 800 – 88 – 7752 untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik atau. mendapatkan bantuan.
Maklumat keadaan trafik juga boleh diperoleh menerusi laman
Facebook : Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMinfotrafik
.