20 JAN: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menolak usul pembangkang untuk membincangkan isu berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dewan Rakyat hari ini.
Perkara tersebut diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat.
“Saya akui terima usul tersebut dua hari lepas dan telah menajwab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak dalam aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat. Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas dibawah kuasa mutlak dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut.
“Justeru, kita mesti menjalankan prosiding hari ini mengikut agenda yang ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, dua usul bagi membahaskan kontroversi mengenai pemilikan saham Azam Baki yang membanteras rasuah telah ditolak.
Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayob dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming .