20 JAN : Sekurang-kurangnya 22 cedera dan dua orang terbunuh akibat letupan bom di daerah membeli-belah yang sibuk di bandar besar Pakistan di Lahore hari ini.
Jurucakap polis Lahore, Rana Arif berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa ia adalah alat kawalan masa pada motosikal yang menjadi punca letupan.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, tetapi terdapat beberapa siri letupan dan serangan terhadap polis sejak Disember, apabila gencatan senjata antara kerajaan dan Taliban Pakistan luput.
Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) – sebuah pergerakan tempatan yang berkongsi akar umbi yang sama dengan Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab bagi kebanyakan insiden terbabit.