21 JAN: Sebanyak 22 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,853 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tujuh kes, diikuti Perak (3), Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu masing-masing dua kes serta Kedah, Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,617 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 160 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 72 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,254 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,820,927 kes.