22 JAN : Kabinet memutuskan para guru bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dibenarkan untuk berpolitik berkuat kuasa dengan serta-merta.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu adalah bagi menghormati prinsip demokrasi, di mana sebelum ini para guru adalah dilarang untuk berpolitik.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO negeri, di Kota Bahru hari ini.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing dan sekiranya ada yang berpolitik sehingga mengabaikan tugas, tindakan boleh diambil terhadap mereka, kata Perdana Menteri.
“Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, diminta untuk mengeluarkan surat pekeliling berkenaan supaya guru tidak lagi diberi tekanan jika terlibat dalam politik katanya.
.