22 JAN : Kerajaan menyatakan komitmen untuk memastikan pelaksanaan yang teratur bagi kesemua strategi yang telah digariskan di dalam Bajet 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pembentangan Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion bagi memastikan kesejahteraan rakyat, sektor perniagaan yang berdaya tahan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang makmur dan mampan,
“Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 (JPB 2022) dengan tujuan untuk, antara lainnya, memantau pelaksanaan dan prestasi inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022; serta mencadangkan penyelesaian, intervensi dan perubahan polisi yang sesuai bagi memastikan pelaksanaan sempurna Bajet 2022.
“Proses pemantauan juga akan melibatkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan penyaluran manfaat Bajet 2022 dan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien dan efektif.
“Selain itu, JPB 2022 juga akan meneliti tahap keberhasilan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 dan akan mempertimbangkan semula jumlah
peruntukan bagi inisiatif-inisiatif yang berkaitan, jika per Pakar-pakar industri dan subject matter experts akan dijemput menghadiri mesyuarat JPB 2022 untuk memberi maklumbalas profesional, jika perlu,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kata Ismail Sabri lagi, Kerajaan juga mengalu-alukan maklumbalas dari rakyat, sektor perniagaan dan masyarakat sivil mengenai pelaksanaan Bajet 2022.
“Berkaitan dengan bencana banjir yang meninggalkan impak yang lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini, kerajaan ingin menegaskan bahawa
pelaksanaan agenda kelestarian juga telah diberi perhatian khusus di dalam penyediaan Bajet 2022.
“Kerajaan juga berharap agar semua segmen Keluarga Malaysia akan bekerjasama di dalam menjayakan pelaksanaan langkah-langkah Bajet
2022 bagi kesejahteraan kita bersama.
“Rakyat boleh memberi maklum balas boleh dikongsi melalui talian ‘hotline’ 03-88824666,” ujarnya.