22 JAN : Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter dilaporkan melanda wilayah Sulawesi Utara Indonesia hari ini.
Gegaran dikesan berlaku pada pukul 9.26 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Taulud pada kedalaman 12 kilometer di bawah dasar laut. Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman tsunami.
Sulawesi Utara terletak di hujung Pulau Sulawesi dan ibu kotanya terletak di Manado. Kedudukan wilayah itu juga tidak jauh dengan wilayah selatan Filipina, Davao di Mindanao yang turut dilanda gempa bumi pagi tadi.