23 JAN: Sebanyak 14 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam tanpa sebarang kes kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,882 kes .
Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kes, manakala Melaka, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 44,088 kes aktif dilaporkan, termasuk 141 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 62 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,858 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,829,089 kes.