25 JAN : Kejadian tanah mendap di Lestari Perdana di Seri Kembangan hari ini merosakkan lima kenderaan hari ini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Menurut Norazam, pihaknya menerima laporan jam 6.38 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima buah kenderaan rosak.
“Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.