nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BNM mudahkan pembiayaan bagi pelan FSB3

25 JAN : Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat lebih akomodatif dalam memudahkan keperluan pembiayaan alternatif dan model perniagaan baharu dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 (FSB3) yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut Public Investment Bank Bhd, perubahan struktur tidak dapat dielakkan memandangkan perniagaan hari ini berusaha untuk bertahan dengan peningkatan pendigitalan.

“Tempoh peruntukan sumber ini mungkin penuh dengan cabaran dan ketidaktentuan tetapi akan membolehkan organisasi menjadi lebih cekap,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

“Sektor kewangan telah digesa bagi memudahkan peralihan ini, yang mana, BNM memainkan peranan sokongan yang penting,” katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah melancarkan pelan tindakan itu.

Dalam kata-kata pengantarnya, Zafrul menjelaskan, pelancaran FSB3 adalah ‘tepat pada masa’ apabila Malaysia memulakan tahap pertumbuhan baharu selepas pandemik melalui sokongan sektor kewangan yang lebih teguh yang mampu mengharungi cabaran yang mendatang selain merebut peluang baharu.

Dengan dunia memberikan tumpuan yang lebih besar terhadap perubahan iklim, FSB3 juga akan memudahkan peralihan negara ke arah ekonomi yang mesra alam dan lebih berdaya tahan iklim.

Firma penyelidikan itu berkata, banyak yang telah dicapai oleh Malaysia dalam tempoh yang agak singkat.

Dari segi keterangkuman kewangan, kawasan daerah kecil dengan populasi sekurang-kurangnya 2,000 orang yang mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan telah menokok kepada 96 peratus (2011 : 46 peratus).

Sejumlah 99 peratus daripada penduduk yang tinggal di daerah kecil kini mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan berbanding 82 peratus pada 2011, manakala 96 peratus pelanggan mempunyai akaun deposit berbanding 87 peratus pada 2011, katanya lagi.

Di peringkat global, setakat 2020, Malaysia kini menguasai 18.4 peratus bahagian pasaran daripada jumlah aset kewangan Islam.

Di peringkat domestik, perbankan Islam kini merangkumi 41 peratus daripada jumlah pembiayaan sistem berbanding 22.7 peratus pada 2010 dengan perniagaan takaful membentuk 18.2 peratus daripada jumlah premium/caruman bersih (2010 : 12.6 peratus).

“Evolusi landskap kewangan global yang pesat, kemajuan dalam teknologi, ditambah dengan potensi anjakan dalam rangkaian rantaian bekalan global menunjukkan bahawa sektor kewangan mungkin mencerminkan perubahan besar menjelang 2026.

”Perkongsian dan kerjasama telah menghasilkan kemajuan yang ketara, dengan pertumbuhan dapat dilihat dalam pembayaran digital hasil daripada kerjasama antara bank, platform e-dagang, pemain e-dompet serta PayNet,” kata firma penyelidikan itu, sambil menambah perkongsian swasta-awam agak menonjol dalam FSB3, lebih-lebih lagi dalam konteks pendigitalan.

Public Investment Bank percaya walaupun wujud ketidakstabilan jangka pendek, penetapan normalisasi kadar pada 2022 dan jangkaan pemulihan ekonomi akan membawa kepada pertumbuhan pinjaman dan kualiti aset yang lebih baik. — BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.