25 JAN : Seorang wartawan, Lourdes Maldonado ditemui terbunuh di Tijuana, Mexico Ahad lalu.
Pembunuhan Maldonado adalah insiden pembunuhan kedua yang membabitkan pengamal media dalam tempoh kurang seminggu di bandar utara Mexico itu.
Pejabat pendakwa raya Baja California memaklumkan, wartawan itu, diserang dengan senjata api ketika wanita itu berada di dalam kenderaannya.
Maldonado pernah bekerja dengan beberapa agensi media termasuklah Primer Sistema de Noticias (PSN) yang dimiliki Jaime Bonilla Valdez, yang pernah menjadi gabenor Baja California antara 2019 hingga 2021.
Pada 2019, Maldonado memohon ‘sokongan, bantuan dan keadilan’ daripada Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, kerana bimbangkan keselamatan dan nyawanya.
Mexico adalah antara negara paling berbahaya untuk wartawan, dengan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyenaraikan negara itu pada kedudukan yang sama dengan Afghanistan dan Yaman.