26 JAN: Sebanyak 16 kes kematian COVID-19 semalam dengan tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini adalah sebanyak 31,918 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Sabah (3), Johor, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Pahang (1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 45,699 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 131 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 65 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,559 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes kini ialah 2,840,225.