27 JAN : Kes harian kes COVID-19 di negara ini kembali melepasi angka 5,000 apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 5,439 kes baharu setakat jam 12 tengah hari tadi.
Kali terakhir negara merekodkan kes melebihi 5,000 adalah pada 1 Disember 2021 dengan 5,439 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jangkitan kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,850,408 kes.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi amaran bahawa gelombang Omicron telah bermula di negara ini.
Beliau menegaskan bahawa angka kes jangkitan akan meningkat namun masih tetap terkawal kerana negara mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.