27 JAN : Golongan muda yang mencari kerja di India membakar gerabak kereta api dan menghalang laluan trafik rel sebagai tanda protes terhadap kepincangan pengambil kerja oleh syarikat pengendali kereta api.
Keganasan tercetus Isnin lalu selepas ujian pengambilan kerja bagi pelbagai kategori menunjukkan nama segelintir individu muncul beberapa kali, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan calon yang gagal ujian berkenaan.
Jutaan orang memohon bagi mendapatkan kira-kira 150,000 pekerjaan di Bihar dan negeri terdekat, Uttar Pradesh.
Kementerian Kereta Api semalam dilaporkan berkata, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti rungutan disuarakan calon.
Terdahulu, individu yang terbabit dalam tindakan vandalisme dan memusnahkan harta awam akan disingkirkan daripada peluang mendapat pekerjaan bagi sektor kereta api, selain bakal berdepan tindakan undang-undang.
Sektor kereta api India setakat ini menggaji lebih 1.2 juta orang.